Melissa & Joey
Melissa & Joey

Melissa & Joey

Melissa & Joey merupakan siri TV sitkom Amerika yang dibintangi oleh Melissa Joan Hart dan Joey Lawrence yang telah bersiaran sebanyak empat musim dari tahun 2010 sehingga 2015 menerusi ABC Family. Siri ini berkisarkan ahli politik tempatan, Mel Burke (Hart) dan Joe Longo (Lawrence), seorang lelaki yang diupah untuk menjaga anak saudaranya, Lennox (Taylor Spreitler) dan Ryder (Nick Robinson).Musim pertama telah bersiaran pada 17 Ogos 2010 untuk 12 episod. Kemudian, siri ini diperbaharui dengan penambahan 18 buah episod lagi. Musim kedua telah diperbaharui dengan 15 buah episod oleh ABC Family yang mula disiarkan pada 30 Mei 2012 sehingga 29 Ogis 2012. [2]Melissa & Joey menduduki tangga nombor satu untuk rancangan jam 8 malam bagi sasaran penonton berusia 18–34, 18–49 dan 12–34.[3][4]Pada 17 Ogos 2012, ABC Family memperbaharui Melissa & Joey untuk musim ketiga,[5] dan 29 Mei 2013 dipilih untuk tarikh siaran perdana.[6] Pada 28 Mei 2013, ABC Family mengumumkan episod musim ketiga akan ditambah menjadi 20 buah episod, dan ABC Family turut mengumumkan musim keempat siri ini yang turut mempunyai 20 buah episod, menjadikan episod keseluruhan siri ini adalah 104 buah episod.[7]Siri ini merupakan sebuah kejayaan untuk ABC Family apabila selama 13 minggu mendapat jumlah penonton teramai, 8 minggu untuk penonton berusia 18-34 dan 18-49 dan 15 minggu untuk pilihan penonton wanita berusia 12-34 untuk musim ketiganya.[8] Siri ini mencapai episod ke-100 menerusi siaran musim keempat, namun mengalami penurunan penonton.[9][10] Bersama-sama dengan kebanyakan rancangan ABC Family, penurunan jumlah penonton Melissa & Joey adalah sejajar dengan penurunan jumlah pelanggan TV.[11][12][13] Siaran terakhir siri ini adalah pada 5 Ogos 2015. [14]

Melissa & Joey

Penggubah
Bahasa Inggeris
Negara asal A.S.
Syarikat pengedaran Disney–ABC Domestic Television
Penerbit eksekutif
  • David Kendall
  • Bob Young
  • Melissa Joan Hart
  • Joey Lawrence
  • Paula Hart
  • John Ziffren
  • Seth Kurland
Lagu pembukaan "Stuck With Me", oleh Joey Lawrence
Penerbit
  • Ken Ornstein
  • Sarah Jane Cunningham
  • Suzie V. Freeman
  • David Hartle
  • Brenda Hsueh
Format gambar HDTV 1080i
Pemasangan kamera Multi-kamera
Format audio Dolby Digital 5.1
Penggubah lagu tema Joey Lawrence &
Matthew Gerrard
Syarikat penerbitan
  • Hartbreak Films
  • JL Veritas
  • ABC Family Original Productions
Tempoh siaran 22 min.[1]
Siaran asal 17 Ogos 2010 (2010-08-17) – Ogos 5, 2015 (2015-08-05)
Pencipta
Bilangan episod 104
Dibintangi oleh
Genre Sitkom
Bilangan musim 4
Saluran asal ABC Family

Rujukan

WikiPedia: Melissa & Joey http://www.amazon.com/Gone-Girl/dp/B00S8OIGB0/ref=... http://www.disneyabcpress.com/abcfamily/shows/meli... http://www.disneyabcpress.com/abcfamily/wp-content... http://freeform.go.com/shows/melissa-joey http://www.imdb.com/title/tt1597420/ http://www.mediapost.com/publications/article/2431... http://www.theepochtimes.com/n3/746459-melissa-joe... http://thefutoncritic.com/listings/20120423abcfami... http://www.thefutoncritic.com/ratings/2012/08/02/m... http://www.tvguide.com/News/Joey-Lawrence-Compares...